Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya semua...!!

Selamat Hari Raya semua...!!

Maaf Zahir & Batin..

Sorry lambat update blog...kemalasan melanda di jiwa & sibuk nak raya!!!!

jumpa lepas raya ek kawan2..



Monday, September 08, 2008

Bekerja di bulan puasa..

Assalammualaikum semua...

What's up!..aku kat opis ni. dengan mengantuknya
malasnya aku nak bekerja hari ini?.

Apa korang buat untuk menghilangkan rasa ngantuk & malas ini ek?.
Ni aku g "cyber cafe" kat opis nie untuk aku surf apa2 yg segarkan mata. Langsung teringat nak update blog aku yg tak seberapa ini..

Sahur apa tadi ek semua?. Aku bersahur di A&W dengan budak2 opis..Aku pun skrg jenis tak makan banyak sangat. So boleh la. Sebenarnyer tu adalah supper tapi aku dah malas nak bangun pagi..so tu la Sahur aku tapi yang penting aku dah niat awal2 ek. Yg best aku layan minum rootbeer dan fries with coney dog sauce..pergh layan...rasa nak lagi...:)

Apa menu berbuka hari ini?.
Aku kena balik umah baru tau apa menu. Tapi best semlm makan ikan terubuk bakar dengan sup sayur & sambal sotong..My Mum masak....yummy!!!..lepas tu aku masak popia..sedap layan dengan mayonis dengan sos cili & sambal dari Jakarta..pergghhh..gambar?..tak dek la..tak sempat nak ambil sebab syok berbuka..lain kali aku ambil gambar ek. lepas tu sepupu & adik aku beli ikan pari bakar serta agar2..sedap2...Makan ramai2 ini memang syok kan naik selera dibuatnyer.

Lupa nak beritau yang Birthday aku 2 hari lagi iaitu pada 110980..so kepada kawan2 ku..jangan lupa nak hadiah (mcm budak kecil lak..hehehehehe)

ok tu je la...nanti aku update lagi..nak sambung buat keje..nanti supervisor sound lak..hahahahahaha...

apa2 pun

SELAMAT BERBUKA SEMUA!

DjSuRiA
090908
11.00 a.m

Sunday, September 07, 2008

Tidur?



Aku sangat mengantuk
nak update blog

tapi aku rasa aku perlu tidur...

nanti2 la aku update..












Kahwin?

Sebelum terlambat..aku nak wish Selamat Pegantin Baru kat teman-teman yang baru melangsungkan perkahwinan sebelum ramandan. Alhamdullilah dah selamat jadi suami or isteri orang kan.

Aku doakan kebahagiaan berkekalan hingga ke anak cucu. Masa bulan 8 lepas, ramai kawan aku yang dah berkahwin. Itu sebab topik kali ini pasal kahwin....Kat bawah ini di antara majlis perkahwinan yang aku join dan ada yang aku tak join ...hehehehehe

  • Jun
  • Shahrul aka Shasha
  • Boom
  • Asrul
  • Lily
  • Anip
  • Fairos
  • Maria
        

Yang paling sayu iaitu masa Jun nikah la sebab dia antara officemate aku yang rapat tetapi sekarang dia dah berenti, ikut husband dia ddk di Kuantan..ku merindui mu..Kalau yang lain tak terlist sorry la maybe aku tatau korang dah kahwin..Apa2 pun kalau ada majlis kahwin di masa akan datang..jangan lupa jemput aku ek...:P

070908
11.46 p.m


Tuesday, August 26, 2008

[Pesta Malam Indonesia] ~160808~


Ok geng, sorry lambat update. bukan apa, biasa la sibuk with my own life setelah penat ikut Samsons 1 weeks.

Well PMI 2?..So-So la, bukan apa..aku rasa PMI yg mula2 dulu best sebab ada band otai2 kan. Ini cuma ada Slank.

Back to story, masa aku dok cari parking, Dewi2 tgh perform, aduhai terus nak hujan (sorry tak kutuk tapi kenyataan..hehehehe)..masa tu kira dekat nak kul 4 petang. Sebelum OTW, aku dah call Bams tanya kul berapa perform..dia cakap dah Sampai dan maybe dalam 4 ptg ke atas. Lagipun diorang kena perform awal sebab Bams nak balik Jakarta kul 7 petang hari tu gak. nasib baik ngam2 time kitaorg sampai..

Amin..

Tapi penat la dok beratur masa nak masuk..sekuriti kuat (Cayalah)..Cari port baik..masa masuk je ya rabbiii..tak ramai orang.,.tatau pesal la...tapi janji aku bleh enjoy tapi mamat2 indonesia ramai banget seh..
Aku masa tu g dengan Sham, Puteri, Leez, Ana dan sepupu aku (sampai lambat)..lepas tu jumpa Qayuum dan kawan dia..

Yang best masa Samsons perform, masa tgh2 kan, hujan turun..tapi tak la lebat mana. Nak kata Bams nyanyi tak sedap..ok je suara dia..agaknyer nak feel lagu diorang kan hujan turun. Dulu pun masa konsert tahun lepas di Kl Sentral pun hujan. Tapi aku tetap berdiri dalam hujan tu tanpa payung (x boleh bawa masuk..huhuhuhu). Aku rasa bangga tengok "MY HEART" perform. Serius, tuhan je tahu. Biarlah hujan, ku rela basah kerana Samsons. Biarlah orang cakap gila tapi bagi aku mereka selalu buat aku happy saat aku duka. :)

Lepas Samsons, S07 dan aku respect dengan Duta sebab pandai layan crowd. Diorang sanggup berenti dan suruh yg lain damai. Biasa la enjoy2 tu ada lak nak gaduh. Bosan deh. Tapi aku mmg tabik ssppprrriingg kat S07..masih bertenaga..Masa ni nampak Joe..so dia ajak menari tapi den segan sebab apa ek..tatau..poyo je...

Lepas tu Ungu take lead..perghh..layan la sebab Pasha nyanyi lagu melayu kita..phewwwitt..jatuh cinta lak..tapi masa Ungu ni aku kena jemput Wani kat luar..penat nak tunggu siap ada mamat mana nak tag masuk dlm..sorry..we all nak layan lagi ok..FINE...
Tapi kesian masa Ungu ni kena stop sebab ada masalah teknikal..kesian depa..tak pe kami setia menunggu..

Yg best Peter Pan la..lama tak layan lagu diorang. Tapi sayang Ariel tanggal baju..kenapa??..whyy??..tapi tak pe body dia leh tahan la..dari org tu..muhahahaha..Aku rasa dia sedih sebab lepas nih nama Peter Pan tekubur dan ada nama lain. Tapi beringat la ini Malaysia..ada undang2..hope benda ini settle kan..Aku pun fhm mengapa dan sayu je dia berulang kali cakap tunggu nama baru dari mereka..

Lepas diorang ada Slank tapi aku blah awal sebab dah penat lagipun tak nak la Slankers ramai sangat..takut seh..Tapi so far aku agak puas hati la dengan semua

Apa2 pun thanks to

  • Dewi-Dewi
  • Samsons
  • Sheila on 7
  • Ungu
  • Peter pan
  • Slank
Kerana sudi datang hiburkan kami di Malaysia..So guys tunggu Pesta Malam Indonesia 3 sebab ada kejutan dan lagi gempak..g rasa la..

nak tengok gambar, layan aku nyer facebook ataupun nanti ada masa aku letak di fotopages aku iaitu http://djsuria.fotopages.com

Ok daaaaaaaaaa

270808
1.11 a.m






Samsons In Da House



-Bams-



-Irfan-



-Erik-



-Konde-



-Aldri-


[mahu tapi tidak mungkin]



setiap detik bersama mu

membuat aku berasa bahagia
bikin aku lupa kisah cintaku
yang dipersiakan oleh
insan lain

namun aku sedar kini bahawa hanya dalam mimpi sahaja
di dalam hati ku
aku suka pada mu
aku cuba mencintai mu..
aku cuba sayangi mu..
siapa kamu
seorang insan
yang mahu didekati oleh wanita
tetapi siapa aku
hanya teman mu yang tidak mungkin
dapat miliki diri mu..

[cinta teman]





tiada dapat ku bendung
kasih ku pada mu
ku tidak cinta pada mu
kerana aku takut aku bukan pilihan hati mu
walaupun ku jauh
namun kau sentiasa di hati ku
biarpun kau mikiran aku bercanda
namun itu dusta belaka
aku ingin kamu bahagia
seperti mana
kau beri kata semangat pada ku
melalui lagu mu..
aku di sini sendiri
kecewa dengan cinta ku
begitu kamu
kecewa dengan cinta mu

kita tetap bersama
aku doakan kamu bahagia
di sana tanpa ku
aku tetap di sini menunggu kamu
menemani mu
aku rasa sedih melihat kamu
dalam kesedihan
walaupun tiada sesiapa melihat kesedihan kamu
aku merasainya..
kerana kita berdua mengalami
perkara yang sama...
sambut tanganku ini untuk bersama kita mencari kebahagiaan...
aku kaku kala kamu di sampingku
aku cemburu melihat mu bersama lain
tetapi siapa la aku
aku hanya teman mu yg setia

Thursday, August 14, 2008

Yeszerr Samsons dah Sampai Malaysia
punya lama aku tunggu dari kul 8 pagi..tup2 jumpa kul 10 pagi..
Bayangkan la..
sanggap aku..
dah la breakfast MCD...
kopak duit den

Diorang tgh lepak di hotel.
Jap lagi kul 3 ptg, diorang akan berada di Maju Junction
Jom ramai2 jumpa di sana..

Aku pun ada...

Samsons - Tak Bisa Memiliki



[*]
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

[ ok la geng nak bersiap jemput samsons...daaaa..]

Samsons datang malaysia..:)




Tak boleh Tidur!!!

Geramnyer...

Aku dahla nak g LCCT nak jemput Samsons
Esok aku dah mula busy...




Jom g Maju Junction kul 3 petang

Ada

  1. samsons
  2. ungu
  3. peter pan
  4. slank
  5. dewi dewi
  6. sheila on 7
Jom la meramaikan keadaan
tetapi hati ku sentiasa SAMSONS


Sengal@ Genting 020808



Heloo again...
Sorry lambat update, aku sangat sibuk dengan keje PART TIME aku dan keje FULL TIME aku.
apa2 pun aku pun kena ada mood nak menulis kan..nie pun malas nak tidur sebab
nak jemput SAMSONS pagi2 ni..

ok..

Pada 2 Ogos lepas, aku melepak di Genting yang amat sejuk nak mampus tu. Aku pakai baju 2 lapis pun tak panas2..Tapi what to do dah nama pun PUNCAK GENTING KOTA KERIANGAN kan..
Sapa layan MTV mesti ingat aku pergi kerana MTV Asia Awards..nampaknya kamu SALAH..kebetulan je. Aku tak dapat masuk..hanya tgk red carpet yg tak ada artis..kenapa..sebab tak start lagi.. Aku hanya nampak Manager Pussy Cat Dolls je..hahahaha

OK la sambung balik...selepas iklan

Aku pergi dengan 7 kawan sengal ku.
Kebanyakkan diorang nih memang kawn bercuti aku dan termasuk sepupu aku sorang tu.
Ada 2 adik yg nakal..hehehehe...
Aku dah plan nak naik genting sejak sebulan lalu tak sangka tarikh sama dengan MTV ASIA AWARDS kan.
Mula2 plan nak naik bas tetapi x jadi. So aku bawa la BABY aku sampai ke atas. Aku tak yakin sebab kete aku hanya 1.1 je kan Tetapi alhamdullilah lepas gak

Kul 11 pagi cam tu, berkumpul di Taman Melati. Kami naik 2 kete. So setiap kereta 4 orang la.
Lepak breakfast di Restoran Leha (kalau x salah aku la)
Buat lawak sebentar..so dalam 12.30 pm kami gerak ke atas.




breakfast aku=mi hoon sup+teh o ais





Yg bestnyer..sepanjang perjalanan, kami berlumba..
Keh keh keh..

NAZA SUTERA vs PROTON SAVVY

Sapa menang?..Tiada pengalah la babe..






tu kete kimi kat depan..









amoi tu pun dah hilang dengan kete kimi..
uwawawawa...


Sampai2 (kira2 kul 1 tengah hari)..kami buat aksi lucah di bawah dulu..ops silap..bergambar la.
Sementara nak tunggu bilik.
Kami stay di Pangsapuri Ria..
Seram sejuk (yelah dah sejuk di genting kan)
Masa lepak ni, aku call BAMS, dia cakap dia tgh bersiap nak balik Jakarta
Sedih la..lebih2 teringatkan Irfan, Aldri, Konde dan Erik dan crew lain2
Tapi tak pe 16 kan aku jumpa lagi..
Yihaa!!!


Pangsapuri ini ada 2 bilik, 2 bilik air, ada dapur yang boleh masak, 2 ruang tamu dan 1 tv berserta sofa dan meja. So far, aku puas hati la..harga pun dalam RM 380 (berbaloi kan).
Kalau korang nak sewa sini, beritau la leh aku beritau kawan aku.

Sampai je dalam bilik
Ada yg layan card
Ada yang layan TV
Ada yg layan perasaan
Ada gak buat bodoh...

Dalam kul 3 petang, kami bersiap untuk pusing2 di Genting
Memandangkan semua nak save budget dan lgpun dah lewat,
kami tak masuk main game
Just layan2 cari pasal.
Tapi aku nak pesan la..nak sampai atas sangat la jauh
sebab kena jalan kaki..malas nak bawa kete...
Tp layan exersice la..hahahaha
siap ada PIT STOP..





arah tuju anda?






Tup2 si adik ku Kimi lapar..
So pusing2..last2 layan makanan Thailand
Kebetulan ada pameran barang2 dari Thailan kan
Masa ini kami ber7 je sebab si Murni sorang2 je masuk park
Kesian..
What to do...tu niat dia kan..kami tunaikan..

Masa ini orang dok sibuk red carpet..
ramai fans dari luar la..




aku nak coklat ini
tolong belikan.. beratus je.. muhahahahahahaha







Tapi kami balik ke hotel sebab ada suprise party utk Leez..
tu pun susah kami nak berlakon
majuk2 lak tu
hahahahahaha

Masa OTW balik terserempak Stacy AF6
Dia sangat cute.
Peramah
Dia mmg best..


Sampai je hotel..melepak..
dan dalam kul 8 mlm..SURPRISE...
terkejut berut dia..


HAPPY BIRTHDAY LEEZY!!! LOVE YOU!!



Kek Birthday Leezy





Lepas tu dalam kul 10 mlm, kami kuar
G lepak MCD..
Lapar la...
lepas tu ambil gambar

Masa ini sejuk gila la..aku pun tak tahan sampaikan sepupu aku nak peluk2 aku
Tak kuasa mak ko nyah..hahahaha

Balik je semua layan perasaan dan tidur...masa ini ada 3 orang dari Kl dtg lepak sama
Kawan adik2 aku tu..
Lepas tukul 3 pagi, baru diorang turun kl balik



Kami pun set kul 9 pagi nak balik. tetapi semua penat
so kul 10.30 baru turun...Good bye Genting..Welcome bAck 2 KL (panas2)


Walaupun tak banyak aktiviti di buat
mmg layan habis..

Thanks utk kawan2 aku

  • leez
  • ana
  • murni
  • wani (sepupu aku)
  • kimi
  • pit
  • shake
Korang mmg best..Lepas ni destinasi kita adalah JB..lepas raya ar..

Tu je uolss...

150808
3.56

Monday, August 04, 2008

New Laptop & Samsons

010808

Hari ini aku cuti sebab aku nak g tgk showcase Samsons. Pagi tadi dah kena gerak dengan mak. Hari ini aku nak beli laptop. Yahoo!!..Tak pasti apa aku nak beli kan tapi aku nak laptop aku kecil je..tak perlu yang besar.

Hari ini aku macam tak dek mood sket.
Tatau pesal la..



Lepas beli laptop kat digital mall, terus g umah sepupu aku di Selayang. Pick up dia utk party with Samsons malam ni. Balik umah je, berehat dan get ready for rock&roll. Lepas jumpa semua kawan2 aku, kami pergi Sunway.

Tapi terkejutnya bahawa tak ramai sangat orang macam di mont kiara..so ada can la aku ddk depan pentas. Tapi apa pun Estranged our local band mmg superb n sporting la. Kiranya peramah dan mereka mmg bagus la. So no wonder diorang menang Juara Lagu. Aku & Sepupu aku sempat la tukar lirik Itu kamu Jadi ITU AKU..hahahahahaha..

Masa Samsons perform, aku terus ke depan dan puas hati sebab dapat amek gambar depan2..puas hati aku..Masa Mont Kiara, gambar kat tepi..tak puas betul. Aku rasa puas hati kerana dua-dua hari aku pergi dan memang buat aku release tension aku. Ok geng, bawah ni sebahagiaan gambar di sana..


Hanya Aku!
12.06
050808
























Thursday, July 31, 2008

31 July 2008

Wah seronoknyer malam tadi, aku menonton showcase Samsons. Memang la penat sebab balik keje, terus balik umah tukar baju, make up. Lepas tu terus gerak ke Mont Kiara. Call Samsons tak dapat sebab diorang penat dan tidur. So sms cakap tunggu diorang kat sana kan..

Lepak makan di Secret Recipe, lepas tu nampak krew diorang. So lepak sekali makan. Borak2..dok tunggu si Helmi & partner pun sampai..dok borak2..tiba2 Bams call..

B: Sur, di atas!..Its me Bams!!..Can you see me here..up! (aku pk la apa dia buat kat atas atap)
S: Mana kamu?
B: Liat atas dong..
S: Oh kamu..

Rupanyer si mamat tu melambai2 ke arah kami di bawah.So kami cakap kami tunggu di dalam aje. Masuk je. aduhai kena register..dah la bayar tiket RM 50 without drinks...cekik darah beb. Geram aku dibuatnyer.

Tapi demi Samsons..aku sanggup la....hehehe...Masuk dalam, terus lepak depan pintu utama backstage. We re luck la dapat meja situ. Dok intai diorang, wah masih melepak minum. Aku pun happy nampak diorang. Masa estraged perform (opening act), aku nampak krew dia, aku pesan cakap aku di luar. Terus dia bawa aku masuk..terima kasih mas..kamu baik sekali dong!

Selepas tu, aku pun melepak..dok borak n ambek gambar..hehehe..ada gak usha aku kenapa ke backstage tapi what to do Samsons is my friends..hehehe..Well..semlm kenangan terindah sekali..Lebih2 with si I..muhahahahahahaha..

Seronok tengok diorang perform..gempak seh...Macam mana pun hari ni jumpa.. lagi..yihaahahahahaha...Jangan lupa datang tgk diorang perform di Bar republic, Sunway Piramid at 9 pm...C u there..rugi sapa tak g..hehehe..leh kita berjumpa di sana..





[Puteri, Helmi, Kawan helmi, Aku]











[Aku bersama Mas Crew Samsons..tq banget mas]









[Aku bersama Bams]








[Aldri, Puteri, aku]






[Puteri,Aku, Bams]











[Konde!!!]







[Erik, Aku, Andi, Irfan]










[Aku, Andi, Irfan]








[Puteri, Aku, irfan]







[Aku ama irfan]
21 July 2008

Hari ini aku off day tetapi dah janji dengan Datuk Siti..hahaha..dia ni officemate aku tapi ada gaya seorang Datuk..

jangan marah ek..


Mula-mula, kena teman dia g Airport Subang, kononnyer nak beli tiket Firefly tetapi mahal kalau walk-in. Sebelum tu aku rasa airport tu akan dicantikkan sebab ada renovation. So far kita tunggu dan lihat je la apa yang akan berkembang okeh.





Selepas tidak berjaya beli, langsung kami pergi ke low yat beli case untuk hardisk aku dan usha laptop. Kat sini jumpa Molly aka Amoi bersama buah hati tersayang dia beli laptop. Lepas tu, plan nak terus g Laman 2008 di Taman Tasik Perdana. Setelah dipikirkan dan hujan pun reda, so aku bersama Siti terus g Laman 2008 tu.



Ini la pertama kali aku pergi ke Laman Landskap. Kami sampai agak lewat petang tetapi yang seronok banyak landskap yang menarik perhatian kan sampaikan kitaorg tak sedar dah lama. Jauh gak perjalanan kami untuk melihat semua landskap tu. Memang penat tapi berbaloi ler sangat2..




































Wah...banyak kan gambar..penat dah aku nak letak..nanti aku upload kat www.djsuria.fotopages.com ek.

Balik je dari sini..agak2 dalam kul 9 mlm la, kitaorg kuar dari Taman Tasik Perdana tu. Terus g jumpa Molly di Shah Alam. Makan di kedai tomyam di sana..aku lupa la nama kedai tu. Tapi tomyam dia boleh tahan la. Berpeluh dan merah muka masing2 kan..

hehehehe..

Menu kami adalah seperti di bawah:













Dan ini hasilnyer..












Ini menunjukkan kami sangat laparrr...hahahhahaha..