Sejarah 2012 :)

Assalammualaikum,


Hi! Sorry lama menyepi, kerana terlalu khayal dengan dunia di luar sehingga lupa kepada rumah ku di sini. Macam mana pun 2012 ada banyak kenangan pahit daripada manis yang berlaku. Impian ku untuk menjadi WIFE tidak menjadi kenyataan. Sila lihat posting sebelum ini mengenai idaman perkahwinan ku. Sedihnya. ..
Apa orang kata jodoh tidak kesampaian. Tidak mengapa la, mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku ini.Biarlah ia menjadi rahsia. Perpisahan dengan nya memang buat aku sedih tapi alhamdullilah sekarang aku dah cukup kuat dan siap sedia untuk menerima orang baru mungkin jodoh ku. So mari kita cerita benda lain. X best pun cerita ini. 


Walaupun saya di dalam kesedihan tetapi kawan-kawan saya banyak membantu. Terutama daripada program training yang aku sertai di pejabat ku. Daripada situ, aku dapat mengenali sahabat yang buat aku gembira dan ada waktu aku down. Thanks korang sebab sudi jadi sahabat aku. Korang tau siapa diri korang.
Now, tiada apa nak cite biarkan dia menjadi sejarah dan semoga 2013 ini menjadi tahun yang mengembirakan ku. In sya allah. Nanti saya cite pasal azam saya okeh. Bye 2012..Hai 2013, be nice okeh. 


Enjoy the best picture of the end of year:




Tidak akan lupa kenangan paling indah sepanjang bekerja di sini. Segala tunjuk ajar akan di kenang sampai bila2. Even ku kecundang di pertengahan jalan namun ku tetap terus berjuang di luar. Semoga persahabatan yang dibina adalah untuk selamanya. Terima kasih di atas tunjuk ajar semua panel. In sya allah saya akan menggunakan sebaik mungkin. 

Pandanglah ke hadapan tetapi jangan lupa lihat ke bawah. 

Sekian, terima kasih.


 

Comments

Popular Posts