[Scuba Diving]

Dive Before You Die


Helooooo.....

Thanks kepada semua readers. Even ada yg silent reader sama ada saya kenal atau tak. Terima kasih sangat2. Saya amat hargainya. Macam saya katakan sebelum ini, saya ingin story morry pasal hobi terbaru saya iaitu SCUBA DIVING. Ada tau kan ia salah satu extreme sport air yang sangat femes okeh.

Di bawah ini details yang saya dapat daripada blog: http://cikguselam.com/apa-itu-open-water-diver . So anda semua lebih memahami hobi saya skrg ini.



Open Water Diver (OWD) adalah tahap perlesenan menyelam yang paling asas. Bagi yang malu bertanya, biarlah saya terangkan di sini apakah komposisi kursus OWD ni.
Kursus OWD ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1) Knowledge Review (Teori) 2) Confined Water (Kolam @ Tepi Pantai) dan 3) Open Water (Laut @ Tasik). Anda ada pilihan samada membuat kesemuanya (1-3) di pulau, atau Modular (1 & 2) di bandar yang anda tinggal dan (3) di pulau. Kalau memilih kesemuanya di pulau, maka minima anda perlu berada di pulau adalah 4 hari/3 malam. Kalau memilih secara Modular, anda hanya perlu berada di pulau selama 3 hari/2 malam.

1) Knowledge Review (Teori)

Di sini, anda perlu membaca buku manual OWD yang mesti dimilikki secara peribadi.Setiap buku manual disertakan bersama borang permohonan OWD. 
Ada 5 bab atau ‘chapter’ di dalam buku manual tersebut. Di penghujung setiap bab ada soalan ‘knowledge review’. Semasa kelas teori ini, anda akan menonton video OWD. Cara yang paling baik dan menarik. 

2) Confined Water 

Di akhir setiap bab dalam DVD tu akan ditunjukkan apakah latihan yang akan dibuat semasa di kelas Confined Water. Kelas ini boleh dilakukan di dalam kolam renang, atau sekiranya anda membuat keseluruh kursus OWD di pulau, maka kelas Confined Water ini akan dibuat di tepi pantai.
Di peringkat ini, jurulatih anda akan mendemonstrasikan skil yang perlu anda lakukan. Jangan buat apa-apa, hanya tengok dan hayati langkah-langkah membuat skil tersebut. Setelah itu, jurulatih akan bertanya samada anda faham atau tidak. Sekiranya tidak faham, jawab tidak dan jurulatih akan mengulangi skil tersebut. Sekiranya faham, maka giliran anda pula untuk mendemonstrasikan skil tersebut.

3) Open Water 

Setelah anda faham apa yang telah diajarkan di peringkat ‘Confined Water’, maka tiba lah masa untuk melangkah ke bahagian yang terakhir. Di bahagian Open Water ini lah anda perlu mendemonstrasikan semula semua skil yang telah anda pelajari semasa di dalam kolam. Bezanya adalah…..jurulatih anda TIDAK akan mendemonstrasikan skil. Bagi bahagian ini, anda akan membuat sebanyak 4 selaman. Selaman 1 & 2 pada kedalaman tidak melebihi 12m, dan selaman 3 & 4 tidak melebihi 18m.
Hah dah faham?. Itu la hobi baru saya ini kena amek kursus aka lesen sebelum nak terjun ke laut or mana2 yg boleh menyelam. Pengalaman yang menarik untuk tahun ini. Tidak sangka saya berjaya melakukannya. Impian nak amek lesen ini dah lama, tetapi sebab selalu fikir bentuk fizikal or gemuk buat saya tidak lupakan hasrat ini. Tetapi alhamdullilah I CAN DIVE now. Terima kasih kepada rakan2 geng dive dulu snorkeling kasi semangat kepada diri ku. Apa tu snorkeling (bak kata my divemaster (DM) ) ..hehe poyo kan tetapi i should learn to use it. hahahahaha..Kerana mereka la saya berjaya realiasasikan hasrat saya untuk buat hobi ini. In sya allah selamanya.

Lagi satu, jangan lakukan aktiviti ini keseorangan seperti kata Abang Bahaman, tidak syok la. Anda kena ada kawan aka buddy (budak dive tau la kan). Kerana ini la tips2 yang anda perlu tau. Jangan panik tau. Think positive je. Ada bayangkan keseronokkkan nya, in sya allah semua akan okay.


Actually saya dah 2 kali dive dan rasa gian sekarang. Bagaimana perasaan saya?. Takut, nervous, tak percaya, happy dan macam-macam. Takut tu x sangat sebab dah lama ready. Nervous tu dah hilang bila Divemaster dan buddy kasi semangat. TQ my DM!. Masa dalam kolam tu, aku tertanya la..hey aku dah nak menyelam. Yahooo....:) DM baik sangat dan sabar dengan kaerah aku kan.  Mula-mula DM cakap nak bawa ke dasar kolam, aku rasa boleh ke aku buat. Kawan aku cakap aku laju sangat turun bawah. Entah aku pun tak sedar sebab DM aku yang tarik turun bawah. Masa dah berapa meter kat bawah, sakit telinga sangat tetapi ada cara-cara dia nak hilangkan rasa sakit. So, aku faham dah kenapa kawan-kawan aku cakap bab sakit telinga. Tetapi sakit tu kejap je sebab bila dah sampai kat dasar, tiba-tiba hilang. Ajaib. Yang paling best ada swimmer jadi diver, dia tunjuk thumbs up kat aku. Lagi aku buat semangat. DM la tunjuk kat aku mamat cino tu. Menarik kan.
Untuk kali kedua dive aku, aku lebih yakin dan pandai turun sendiri ke bawah tanpa DM aku. Best sangat pengalaman tu. Serius, bila ddk bawah tu tenang je. Bolehkan bayangkan penyu la macam-macam. X sabar nak jumpa penyu di Mabul. Tunggu tau. Waktu ini ada peristiwa kelakar, sebab tgh tggu DM turun ke bawah, tiba-tiba dengar lagu. Ingat telinga aku sakit, yelah kat bawah, mana boleh bercakap kan. Tunjuk isyarat je. Nak tanya buddy pun susah. Tup-tup tengok belakang, la budak2 renang berirama tgh practise. Hampeh kan. 

Sure korang tanya, kat mana aku amek lesen ini kan. Hanya di Kolam Renang Akuastik Shah Alam dengan Divebuddy. Owner dia abang Bahaman yang sangat cool, best gila abg ni. Otai sangat. Aku mmg selalu usha gambar dia under water. Yelah aku kan suka amek gambar gak cam dia. Tetapi nanti la dah jadi pakar nanti baru amek lesen underwater photographer lak kan. Sila rujuk website: http://www.divebuddy.com.my atau walk-in je cari divebuddy sebaris dengan kedai makan kat Pusat Akuastik Shah alam tu. Baru 2 kelas, ada 2 kelas lagi. Hope saya berjaya!. Doakan tau.



Bawah ini la signal digunakan masa korang dive. Gempak kan. hehehe. :P

 

 Tu je kisah saya, nanti saya cite lagi pengalaman saya. Jom la join saya, kita jadi buddy dan dive sama. Seee you laterr!!!


Comments

Popular Posts